Keanggotaan Lembaga Tadbir Masjid Daerah

Keanggotaan Lembaga Tadbir Masjid Daerah

1.2.     Lembaga Tadbir Masjid Daerah hendaklah terdiri daripada anggota seperti yang berikut:

            i. Pegawai Tadbir Agama Daerah sebagai Pengerusi;

            ii. Penolong Pegawai Tadbir Agama Daerah sebagai Timbalan Pengerusi; dan

            iii. Anggota yang terdiri daripada:
                     a. 6 orang yang mewakili MAIS/JAIS
                     b. 3-5 Wakil Kariah

1.3.      Setiausaha Lembaga Tadbir: Pengurus Masjid

Fungsi

Lembaga Tadbir Masjid ditubuhkan bagi melaksanakan fungsi-fungsi berikut:

  1. Memantau keberkesanan pentadbiran masjid dan keperluan semasa masjid serta melaporkan kepada Jawatankuasa Kariah MAIS;
  2. Memantau dan membuat syor kepada Setiausaha MAIS berkenaan kebersihan, penyelenggaraan bangunan, tahap keselamatan bangunan, elektrikal dan bekalan air, keselamatan persekitaran, landskap dan lain-lain;
  3. Memantau pelaksanaan program pengimarahan dan meluluskan bajet kewangan tahunan bagi melaksanakan aktiviti dan program;
  4. Meluluskan pembelian bekalan dan perkhidmatan termasuk pembaikan kecil yang bernilai RM 5,000.00 ke atas dan hendaklah mendapatkan kelulusan Setiausaha MAIS sekiranya melebihi RM 50,000.00;
  5. Memastikan pengurusan pentadbiran dan kewangan masjid mematuhi peraturan dan garis panduan yang berkuat kuasa; dan
  6. Melantik Wakil Kariah Masjid daripada kalangan ahli kariah dan apa-apa jawatan Pembantu Pegawai Masjid yang difikirkan sesuai mengikut keperluan masjid.

Kelayakan Umum Calon anggota Lembaga Tadbir Masjid Bagi Wakil Kariah hendaklah :-

  1. berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak lebih daripada 65 tahun;
  2. beragama Islam dan warganegara Malaysia;
  3. tinggal bermastautin atau bermukim serta berdaftar sebagai ahli kariah dalam kariah masjid itu;
  4. berpegang dan beramal dengan ajaran Ahli Sunah Waljamaah (ASWJ) dari segi akidah, syariah dan akhlak;
  5. mempunyai pengetahuan agama Islam merangkumi asas fardu ain yang kukuh, berakhlak mulia dan melibatkan diri dalam aktiviti masjid atau surau;
  6. boleh membaca, menulis dan mengira;
  7. sihat tubuh badan dan mental;
  8. mempunyai daya kepimpinan;
  9. beraku janji mematuhi undang-undang, warta fatwa dan garis panduan berkaitan dengan pengurusan masjid;
  10. sentiasa menjalin hubungan baik dengan ahli kariah;
  11. tidak memegang mana-mana jawatan Pegawai Masjid atau anggota Jawatankuasa Kariah di masjid yang lain;
  12. tidak disabitkan dengan kesalahan jenayah dalam mana-mana Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah;
  13. pelantikannya sebagai Pegawai Masjid atau anggota Jawatankuasa Kariah tidak ditamatkan atau dibatalkan di bawah Peraturan 2017;
  14. dia tidak diisytiharkan sebagai bankrap yang belum dilepaskan;
  15. dia bukan merupakan Penasihat bagi mana-mana masjid dalam mukim dan kampung;
  16. tidak memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik; dan
  17. bukan merupakan seseorang yang sedang dalam proses pendakwaan di mahkamah atas mana-mana kesalahan jenayah sivil atau syariah;
Scroll to Top