Program Liqa’ Al-Akhawat

• Program Liqa’ Al-Akhawat •
Biro Hal Ehwal Wanita (Helwa) telah mengadakan program jalinan ukhuwah muslimat di Masjid Denai Alam pada hari Sabtu, 8 Feb 2025.
Antara aktiviti yang diadakan adalah memasak bubur lambuk untuk diagihkan kepada semua jemaah Masjid Denai Alam.
Setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

Butiran Program:
Tarikh: 8 Februari 2025 (Sabtu)
Masa: 7:30 pagi hingga selesai
Lokasi: Dewan Serbaguna MDA + Kawasan berumput berhampiran dataran
Aturcara Program:
7:00 pagi: Ketibaan urusetia program
7:30 pagi: Ketibaan muslimat dan penyusunan juadah potluck sarapan pagi
8:00 pagi: Sarapan pagi (potluck breakfast oleh muslimat-muslimat)
8:45 pagi: Rewang penyediaan bahan-bahan untuk memasak bubur lambuk dan juadah tengahari
10:00 pagi: Memulakan proses memasak bubur lambuk dan juadah tengahari
1:00 petang: Selesai memasak dan menikmati makan tengahari
1:30 petang: Solat Zuhr
2:00 petang: Pembungkusan bubur lambuk
3:30 petang: Penyusunan pek bubur lambuk di laluan utama masjid
4:40 petang: Bubur lambuk sedia untuk diambil oleh jemaah MDA dan diedarkan kepada surau-surau berdekatan
5:00 petang: Kerja-kerja pembersihan dan majlis selesai.
Jazakumullahu Khairan Kathira atas sokongan dan kerjasama anda. Semoga program ini dapat memberikan manfaat yang besar kepada kita semua.
عأشه (Aishah)
Mohon disebarkan, semoga beroleh kebaikan. Sekian, terima kasih.
.
❤️ Hadirkan diri imarahkan Majlis Ilmu Taman-taman Syurga Allah.
“Mengimarahkan Masjid Adalah Tanggungjawab Kita Bersama”

🌸 Untuk makluman juga, pihak Masjid Denai Alam amatlah berbesar hati menjemput MUSLIMIN DAN MUSLIMAT bagi menjayakan program ilmu ini. Semoga beroleh manfaat.
.

Scroll to Top