Keanggotaan Lembaga Tadbir Masjid Daerah
Keanggotaan Lembaga Tadbir Masjid Daerah
1.2. Â Â Â Lembaga Tadbir Masjid Daerah hendaklah terdiri daripada anggota seperti yang berikut:
      i. Pegawai Tadbir Agama Daerah sebagai Pengerusi;
      ii. Penolong Pegawai Tadbir Agama Daerah sebagai Timbalan Pengerusi; dan
      iii. Anggota yang terdiri daripada:
           a. 6 orang yang mewakili MAIS/JAIS
           b. 3-5 Wakil Kariah
1.3.   Setiausaha Lembaga Tadbir: Pengurus Masjid
Fungsi
Lembaga Tadbir Masjid ditubuhkan bagi melaksanakan fungsi-fungsi berikut:
- Memantau keberkesanan pentadbiran masjid dan keperluan semasa masjid serta melaporkan kepada Jawatankuasa Kariah MAIS;
- Memantau dan membuat syor kepada Setiausaha MAIS berkenaan kebersihan, penyelenggaraan bangunan, tahap keselamatan bangunan, elektrikal dan bekalan air, keselamatan persekitaran, landskap dan lain-lain;
- Memantau pelaksanaan program pengimarahan dan meluluskan bajet kewangan tahunan bagi melaksanakan aktiviti dan program;
- Meluluskan pembelian bekalan dan perkhidmatan termasuk pembaikan kecil yang bernilai RM 5,000.00 ke atas dan hendaklah mendapatkan kelulusan Setiausaha MAIS sekiranya melebihi RM 50,000.00;
- Memastikan pengurusan pentadbiran dan kewangan masjid mematuhi peraturan dan garis panduan yang berkuat kuasa; dan
- Melantik Wakil Kariah Masjid daripada kalangan ahli kariah dan apa-apa jawatan Pembantu Pegawai Masjid yang difikirkan sesuai mengikut keperluan masjid.
Kelayakan Umum Calon anggota Lembaga Tadbir Masjid Bagi Wakil Kariah hendaklah :-
- berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak lebih daripada 65 tahun;
- beragama Islam dan warganegara Malaysia;
- tinggal bermastautin atau bermukim serta berdaftar sebagai ahli kariah dalam kariah masjid itu;
- berpegang dan beramal dengan ajaran Ahli Sunah Waljamaah (ASWJ) dari segi akidah, syariah dan akhlak;
- mempunyai pengetahuan agama Islam merangkumi asas fardu ain yang kukuh, berakhlak mulia dan melibatkan diri dalam aktiviti masjid atau surau;
- boleh membaca, menulis dan mengira;
- sihat tubuh badan dan mental;
- mempunyai daya kepimpinan;
- beraku janji mematuhi undang-undang, warta fatwa dan garis panduan berkaitan dengan pengurusan masjid;
- sentiasa menjalin hubungan baik dengan ahli kariah;
- tidak memegang mana-mana jawatan Pegawai Masjid atau anggota Jawatankuasa Kariah di masjid yang lain;
- tidak disabitkan dengan kesalahan jenayah dalam mana-mana Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah;
- pelantikannya sebagai Pegawai Masjid atau anggota Jawatankuasa Kariah tidak ditamatkan atau dibatalkan di bawah Peraturan 2017;
- dia tidak diisytiharkan sebagai bankrap yang belum dilepaskan;
- dia bukan merupakan Penasihat bagi mana-mana masjid dalam mukim dan kampung;
- tidak memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik; dan
- bukan merupakan seseorang yang sedang dalam proses pendakwaan di mahkamah atas mana-mana kesalahan jenayah sivil atau syariah;

